wechat id fastfuriousshop / whatsapp 01132088395 / online business shop for girls and boys !

MY SWEETHEART

lunch

sambal udang ikan goreng sambal belacan


mula berjinak bermanja bercinta dengan dapur , in shaa allah nanti nak suruh mak tercinta buat kelas memasak setiap hari . tak kira nak jadi chef profesional macam mak juga . boleh masak apa je dan yang paling penting sedap serta memikat hati dan perut .

tadi agak clumsy juga laa sorang sorang kat dapur . selalunya ada mak baru masuk dapur . tolong tengok mak masak , tolong teman mak masak , tolong kacau mak masak , tolong rasa mak masak , tolong complain mak masak , tolong makan mak masak .

tapi hari ni adik jalankan tugas kakak sebelum ni dan kakak jalankan tugas mak iaitu menjadi chef . memang laa bukan first time tapi tak pernah masak untuk orang lain sebab selalunya masak untuk diri sendiri je so tak kisah sangat rasa camne rupa camne asalkan boleh dimakan .

berita baik ialah dapur tak terbakar , sinki tak tunggang terbalik , nasi tak mentah , ikan tak hangit , lauk tak masin . berita tak berapa nak baik ialah tangan terkena pisau blender time nak basuh , jari terpegang kuali panas time nak angkat , besen mak berlekuk lekuk sebab terletak dekat dengan api .

takpe ni semua sebab mak tak turunkan ilmu keramat mak tuu lagi . lepas ilmu penuh di dada , in shaa allah tak jadi dah benda alah camni semua . alang alang nak belajar masak , biar belajar sampai boleh buka restoran . ayat tak nak kalah kemain lagi .

sabar tuu comel , sabar ye wan zulaikha . bakat tuu dah ada cuma perlu diasah biar tajam . this is what we called eika comel lote mengada gedik . rasanya kena cari suami yang pandai masak biar senang sikit kerja eh i means senang sikit nak belajar masak . 


all she wanted was s0me0ne t0 l0ve her with his heart ♥

YANG BENAR LAGI BENAR TIADA YANG BENAR MELAINKAN YANG BENAR BENAR BELAKA xD