wechat id fastfuriousshop / whatsapp 01132088395 / online business shop for girls and boys !

MY SWEETHEART

bulan bintang

berbumbungkan langit berlantaikan tanah

join aktiviti night walk , dua puluh orang semuanya . kena cari pentunjuk mustahil untuk sempurnakan misi yang ditugaskan . cari pondok usang yang penuh dengan burung dalam keadaan gelap gelita . jumpa dengan tok bomoh dan mak dukun , kena sembur dengan air kopi . 

first time tengok bulan bintang beramai ramai sampai tertidur , kira tak sia sia laa tidur dengan ditemani si abang nyamuk . dah tak kisah dah siapa tidur dengan siapa , siapa tidur sebelah siapa , siapa tidur atas siapa , as long as boleh tidur even tak lena .

saya satu satunya wirawati yang tidur luar khemah semata mata nak tengok keindahan langit time malam . dah laa susah nak tidur pastu terpaksa pula bangun seawal 4.30pagi untuk duty , memang macam askar sangat kan . tapi bangun tidur je terus mata terbuka luas nampak langit penuh dengan bintang berkelipan . 

lepas siap berpakaian celoreng masing masing terus menjalankan tugas . berbekalkan torchlight , kami berlima meronda kawasan khemah sambil kacau orang lain yang tengah dibuai mimpi . ada yang sporting dan for sured ada juga yang bising bila kena suluh dengan torchlight .

bergilir gilir duty bila pakat nak p toilet , memang tak boleh lupa toilet dipenuhi dengan katak yang amat menggelikan . nasib laa pergi bertiga so takde laa nak terjerit terlompat sorang sorang . 6.30pagi habis waktu duty terus robohkan khemah .

dalam keadaan baju dan tudung yang ada bekas kopi dan bau kopi , dalam keadaan seluar terkoyak lutut terluka , dalam keadaan leher sakit , saya berjalan menuju ke padang kawad untuk kawad kaki terakhir . fikir nak balik punya pasal rasa bersemangat even hati tengah hangat .


all she wanted was s0me0ne t0 l0ve her with his heart ♥

YANG BENAR LAGI BENAR TIADA YANG BENAR MELAINKAN YANG BENAR BENAR BELAKA xD