gua puteri
saya orang kedua awal yang sampai kat kem tuu then kena tunggu rombongan bas sampai , saya je yang pakai selipar padahal yang lain semua pakai kasut , saya satu satunya orang yang bawa beg besar yang konon macam tak mau balik macam nak duduk 3tahun macam balik dari umrah katanya .
berjalan merentas gua kelam tuu kira dalam 1km lebih juga , ala ala plkn dah rasanya . sampai je kat sana kena makan , macam plkn kot . berlari nak masuk dewan tapi kena patah balik masuk dorm , memang sebiji macam plkn dah .
tapi tuu baru awal awal je , lepas tuu relax without any tension at all . kind of enjoy juga laa with meeting new friends and buayafriends . punya laa malas sampai tak sempat nak posing gila gila macam selalu , banyak tolong snap gambar orang je .
err menggigil kesejukan sampai terketar bibir bila ada dalam dewan . tah aircond dia tuu nak buat orang rasa macam p paris kot . mandi dengan air bukit , memang kulit tak sensitif pun . tidur katil bertingkat tapi tak tidur pun .
bunyi alarm clock saya membangunkan semua orang , siap ada yang fall in love dengan lagu yang berbunyi pukul 4.30 tuu . ingat phone nak kena rampas tapi selamba je bagi guna . banyak belajar juga kat kem tuu especially pasal negara , merdeka , politik *buat muka paling comel*
terpaksa buat muka tak tau malu cari seterika kat budak lain , pinjam seterika kat budak lain , haish malu gila . mesti dia pun hairan apa laa budak ni . tak cukup dengan seterika , pinjam pula charger kat budak yang lain pula . memang malu banyak kat kem tuu .
saya dalam kumpulan 3 , jangankan takde geng tapi takde orang yang dikenali lansung . dah laa mixed up dengan budak sekolah lain , tapi takpe saya okay saya dah besar . macam selalu memang orang yang kenal saya tapi saya tak kenal orang . saya dicop as suka senyum oleh mereka .
paling banyak kerjasama terbina time aktiviti memasak , hmmm teringat time memasak kat plkn dulu . menu nasi goreng ayam kunyit yang takkan boleh dilupakan sampai bila bila . time kbn ni pula masak nasi putih , telur dadar , sardin , gulai ikan masin , sayur masak kicap .
tak kira laki ke perempuan , semua memasak sekali takde yang terkecuali . saya bahagian penyediaan bahan . ada mulut budak laki sorang ni masin . dia suruh careful time potong bawang nanti terluka pastu dok kat depan biji mata pula , tak pasal berdarah terus jari yang comel ni .
hasil air tangan budak lower six
bakal bakal isteri pandai memasak
bakal bakal suami yang boleh masuk dapur
salam perkenalan dan perpisahan